• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Akan Laksana Sekatan Pergerakan Sepenuhnya

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan Malaysia tidak akan melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya ke atas ekonomi walaupun sekiranya berlaku senario terburuk. 

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan akan terus menumpu menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat sekiranya jumlah kes COVID-19 di negara ini terus meningkat. 

”Berdasarkan kepada model semasa, kami percaya bilangan kes akan menurun. 

“Seandainya senario terburuk (berlaku), kami tidak akan melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya ke atas ekonomi, kami akan terus menumpukan kepada SOP yang lebih ketat,” katanya dalam satu program temu bual bersama CNBC hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada kerajaan akan menutup sektor tertentu atau sektor manakah yang diberi keutamaan untuk ditutup sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) terpaksa dilanjutkan, atau pembekalan vaksin COVID-19 tidak berjalan lancar seperti yang dijangkakan. 

Beliau berkata sekiranya jumlah kes terus meningkat, isu-isu utama seperti kepatuhan dan penguatkuasaan SOP perlu ditangani. 

Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah jangkitan di negara ini sebanyak 198,208 kes setakat ini.

Sementara itu Tengku Zafrul menolak pandangan bahawa kenaikan ringgit berbanding dolar AS ketika ini akan memberi impak kepada prestasi eksport.

“Ya, sememangnya ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang lain, tetapi perdagangan global diunjur berkembang kira-kira lapan peratus pada 2021 berbanding 2020, dan Malaysia berpeluang untuk meraih manfaat daripadanya. 

“Dan saya percaya prestasi ringgit itu tidak akan memberi impak negatif kepada eksport,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19Ekonomi Malaysiasekatan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd