• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Vaksin Sinovac Murah Kerana Dibotolkan Dalam Negara

oleh
12/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah, berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pembotolan vaksin itu, yang dijangka sedia untuk diedarkan kepada orang ramai akhir Mac ini.

“Saya nyatakan kos vaksin ini lebih murah susulan ia dibotolkan di sini dan bukannya di China, jika di China kosnya jauh lebih tinggi.

“Pharmaniaga telah diberi tugas untuk proses pembotolan vaksin dan kos itu telah pun dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini, dan mereka telah bersetuju dengan harga yang disebutkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian Bekalan Vaksin COVID-19 Secara Pukal antara Pharmaniaga dengan Sinovac.

Majlis menandatangani perjanjian  itu turut disaksikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy bagaimanapun enggan mendedahkan semua maklumat terperinci mengenai kos perolehan vaksin tersebut kerana terikat dengan perjanjian kerahsiaan dengan syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Katanya, Pharmaniaga telah diberi tanggungjawab dalam proses pembotolan vaksin tersebut kerana syarikat berkenaan mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Khairy berkata kerajaan akan mendapatkan pengiktirafan status halal bagi vaksin keluaran Sinovac, sebelum ia diedarkan. 

“Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga sebelum ini telah mengiktiraf status halal vaksin ini, dan kita juga akan melakukan perkara yang sama bersama Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Kita akan jamin vaksin ini selamat untuk kegunaan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pharmaniaga diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Zulkarnain Md Eusope, manakala Sinovac diwakili Pengurus Besar Sinovac Life Sciences Co Ltd Gao Qiang. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSinovacvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nazri Aziz Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan PN

Next Post

“Alhamdulillah Kesihatan Baik, Cuma Suara Serak” – Tokpa

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

"Alhamdulillah Kesihatan Baik, Cuma Suara Serak" - Tokpa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd