• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kluster Taman Bahagia Berkaitan Misi Bantuan Banjir

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kluster baharu jangkitan Covid-19 dikesan di Temerloh, Pahang, membabitkan petugas misi bantuan banjir.

Setakat ini, Kluster Taman Bahagia merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks (kes ke-169,124) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Januari lalu sudah merekodkan 19 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu antara 13 kluster baharu yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Jangan Risau… Klik Sini

“Kluster kedua di Temerloh yang dikenali Kluster Kampung Bukit Lada merekodkan 14 kes positif termasuk kes indeks (kes ke-137,864) dilaporkan positif pada 11 Januari lalu. 

“Kluster komuniti dikenali Kluster Kampung Muhibbah di Kota Tinggi, Johor pula dikesan berikutan perhimpunan sosial di kampung berkenaan.

“Kes indeks (kes ke-167,928) dilaporkan positif pada 20 Januari lalu hasil saringan individu bergejala dan setakat ini sebanyak 19 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat juga kluster kumpulan berisiko membabitkan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Melaka di Bukit Palah yang merekodkan 38 kes positif Covid-19 setakat ini.

Katanya, kes indeks Kluster Bukit Palah (kes ke-186,075) dilaporkan positif Covid-19 hari ini hasil saringan kontak rapat. 

“Satu lagi kluster kumpulan berisiko dikenali Kluster Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan membabitkan pekerja syarikat pembersihan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kampung Pahi, Kuala Krai. 

“Kes indeks (kes ke-169,071) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Januari dan setakat ini seramai 44 individu disaring dan 18 daripadanya dikesan positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, terdapat lapan kluster tempat kerja iaitu Kluster Sri Muda, Sungai Chemubong, Jalan Waja, Jalan Indah, Jalan Firma Tiga, Industri Apas, Jalan Kerinchi dan Kampung Tualang.

Beliau berkata, satu daripadanya iaitu Kluster Kampung Tualang membabitkan kes menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu yang membabitkan 32 kes positif termasuk kes indeks (kes ke-183,650) dilaporkan positif semalam hasil saringan kontak rapat. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMmisi bantuan banjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd