• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel Daging: 2 Pegawai Maqis Johor Direman 5 Hari

oleh
07/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor yang disiasat kerana disyaki terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram, ditahan reman selama lima hari bermula Khamis.

Pendaftar Mahkamah, Nur Izzaty Muhammad Zahari membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Khas Reman di sini.

Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

Terdahulu, kedua-duanya tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada jam 11 malam Rabu bagi membantu siasatan kes kartel import daging haram.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian menerusi laporan khas membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Serbuan dilakukan Maqis bersama-sama agensi lain di sebuah stor di Skudai dekat sini, sekali gus mendedahkan kegiatan itu yang menggemparkan seluruh negara. – Sinar Harian

Tags: Daging ImportKartel DagingMaqis Johorrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd