• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 4 Tahun, Ibu Maut Digilis Lori

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a – 6/3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Harisa Kassim, 4, membonceng motosikal Honda NF100 ditunggang ibunya Shahidah Tuaher, 34.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dua beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas digilis di bahagian perut.

“Kemalangan berlaku ketika sebuah lori bergerak dari lorong paling kanan di persimpangan lampu isyarat semasa lampu isyarat warna hijau dan menghala ke Jalan 6/3a iaitu simpang di sebelah kanan jalan. 

“Tiba-tiba motosikal yang dinaiki mangsa datang dari belakang dan cuba memotong lori berkenaan dari arah kiri jalan.

“Namun motosikal itu bergesel pada bahagian kiri hadapan lori. Akibat kemalangan itu kedua-dua mangsa terjatuh ke bawah tayar kiri lori dan mereka tergilis di bahagian perut,” katanya. 

Menurutnya, siasatan mendapati ibu yang maut itu adalah suri rumah warga Myanmar beragama Islam dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. Pemandu lori berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu lori didapati negatif,” katanya. – myMetro Online

Tags: Ibukanak-kanakkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd