• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaligrafi Cina Pertemukan Cheng, Azizah

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Ketibaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi turut membuka pintu rezeki berganda bagi Cheng Ho Chung, 83, seorang mahaguru kaligrafi Cina di sini.

Manakan tidak, setiap kali perayaan berkenaan, warga emas itu tidak putus-putus menerima tempahan kaligrafi Cina daripada masyarakat setempat untuk mewarnai sambutan itu dengan tulisan berkenaan yang membawa bermaksud kemakmuran, kesihatan dan kekayaan.

Tetapi kali ini, yang lebih menarik, Cheng tidak bersendirian dalam menyiapkan tempahan itu yang kadangkala mencecah hingga ratusan unit kerana dia dibantu oleh sahabat baharunya, Azizah Mokhsan, 38.

Jangan Risau… Klik Sini

Cheng berkata dia mengenali Azizah dua tahun yang lalu apabila wanita berkenaan mula bekerja di kedai menjual penyaman udara, bersebelahan dengan tapak perniagaannya di Jalan Raya, Kulai Besar.

“Pada mulanya, dia (Azizah) hanya sekadar melihat saya menulis kaligrafi ini di atas kertas dan tanglung. 

“Tetapi (lama-kelamaan) saya menyedari dia mempunyai minat terhadap seni ini lalu saya bertanyakan adakah dia berminat untuk mempelajari seni ini dengan saya,” kata Cheng ketika mengimbas detik permulaannya menjadi guru kaligrafi kepada wanita terbabit kepada pemberita di sini.

Menurutnya, dia mengambil tempoh yang agak lama untuk membiasakan Azizah dengan teknik asas penulisan kaligrafi Cina kerana wanita itu tiada sebarang pengetahuan terhadap Bahasa Mandarin dan tulisannya.

“Saya ajar dia bermula dengan cara memegang berus dengan betul sehinggalah ke cara menulis kaligrafi dengan baik namun lama-kelamaan dia semakin mahir,” kata Cheng yang telah berniaga tulisan kaligrafi sejak tahun 1983 malah juga pernah mengajar seni itu di beberapa sekolah di Johor dari tahun 1988 hingga 2001.

Sementara itu, Azizah berkata ramai pelanggan Cheng terkejut apabila mengetahui terdapat seorang wanita Melayu berminat mempelajari seni kaligrafi Cina.

“Ada juga yang berasa kagum kerana tidak ramai generasi muda mahu meneruskan warisan ini. Malah dalam kalangan ahli keluarga Cheng sendiri, hanya seorang daripada tiga anaknya yang mengikut jejak ayahnya mempraktik dan mengajar seni kaligrafi Cina,” kata wanita yang berasal dari Kampung Bachang, Melaka itu.

Azizah berkata disebabkan minat yang mendalam terhadap seni tulisan itu juga, dia tergerak hati untuk mengikuti kelas pembelajaran Bahasa Mandarin bagi mengukuhkan keupayaan dan pemahamannya terhadap seni berkenaan.

“Sejak belajar dengan Cheng, saya sudah menguasai beberapa patah perkataan bahasa Mandarin namun tidak sepenuhnya. 

“Disebabkan itu, saya sanggup mengikuti kelas Bahasa Mandarin bagi memperluaskan pemahaman saya,” katanya yang mengakui seni tulisan ini mementingkan banyak faktor antaranya kualiti berus dan cara mengalunkan pergerakan pergelangan tangan bagi mendapatkan bentuk kaligrafi yang terbaik. – BERNAMA

Tags: bahasa MandarinKaligrafi CinaTahun baharu Cina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Terima Laporan Aktiviti Judi Di PKRC MAEPS

Next Post

COVID-19 Percepat Pertumbuhan Ekonomi Digital Malaysia

Related Posts

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

22/01/2025
0

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan...

New York Umum Tahun Baharu Cina 2024 Sebagai Cuti Sekolah

New York Umum Tahun Baharu Cina 2024 Sebagai Cuti Sekolah

10/09/2023
0

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di...

Next Post

COVID-19 Percepat Pertumbuhan Ekonomi Digital Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd