• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19 Percepat Pertumbuhan Ekonomi Digital Malaysia

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia sejak awal tahun lepas, terbukti telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sejak pandemik itu bermula, keadaan telah mengalami perubahan secara drastik pada setiap hari dan ada masanya berlaku setiap jam.

Justeru, menyedari kepentingan itu, kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai antara bidang pertumbuhan ekonomi utama bagi mencapai komitmen memajukan Malaysia sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan mampan selain memastikan pengagihan secara adil dan saksama dalam kalangan penduduk, etnik dan wilayah.

Jangan Risau… Klik Sini

“Kita akan terus memacu janji kemakmuran bersama untuk semua dengan menumpukan usaha memperkasa rakyat menerusi kemahiran digital, pengupayaan perniagaan yang dijana secara digital serta melonjakkan pelaburan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat lain berkaitan secara telesidang di sini, hari ini. 

Selain itu, Perdana Menteri juga percaya bahawa pandemik COVID-19 itu telah memberi lonjakan di luar jangka bagi membolehkan kalangan negara-negara anggota ASEAN mempercepatkan usaha digital masing-masing.

Malah, beliau berkata, tidak dinafikan lagi bahawa ASEAN telah mencatat perkembangan dalam persekitaran digital walaupun tahapnya mungkin berbeza bagi setiap kawasan atau negara anggotanya.

“Sebagaimana anda semua sedia maklum, Pelan Tindakan Komuniti ASEAN 2025 (AEC 2025) telah memperakui kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu utama dalam transformasi ekonomi dan sosial ASEAN.

“Ia juga jelas menyatakan bahawa AEC 2025 bermatlamat untuk melonjakkan ASEAN ke arah ekonomi berkeupayaan digital yang terjamin, mampan serta mampu mentransformasi serta seterusnya dapat memanfaatkan lagi ICT bagi mewujudkan ASEAN yang inovatif, inklusif dan saling berintegrasi,” kata beliau.

Muhyiddin juga mengingatkan kepentingan untuk menitikberatkan langkah-langkah strategik utama ICT yang telah digariskan dengan penekanan terhadap aspek pemusatan dan perpaduan bagi usaha memajukan Komuniti ASEAN dalam bidang keselamatan siber, perlindungan data peribadi, teknologi 5G dan menggalakkan inovasi serta e-dagang. – BERNAMA

Tags: Ekonomi Digitalpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

MCMC Terajui Pelaksanaan Ekonomi Digital RMK-12

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) memperlihatkan penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi digital serta usaha memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd