• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaminan Kerajaan Kepada Simpanan Pendeposit TH Kekal

oleh
15/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menjamin simpanan 9 juta pendeposit Tabung Haji (TH) yang sudah diberikan sebelum ini bagi memastikan agensi itu terus menjadi kebanggaan dan harapan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata TH berada di landasan betul untuk mengorak langkah lebih cemerlang dengan sokongan umat Islam di Malaysia.

“Sebagaimana umum sedia maklum, prestasi cemerlang TH sejak peralihan kerajaan berjaya membuktikan kestabilan tadbir urus agensi berkenaan. 

“Ini dapat dibuktikan antaranya menerusi pembelian Menara VSQ1 daripada Bukit Damansara Development Sdn Bhd dan jumlah deposit sebanyak RM75.9 billion sehingga 30 Disember 2020,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau juga menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya cadangan pindaan Akta TH 1995 akan menjejaskan jaminan kerajaan kepada pendeposit TH. 

“Saya terpanggil untuk memberi penjelasan terhadap isu yang berlegar berkenaan perbincangan saya dan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) berkenaan TH semalam. 

“Apa yang tertera pada tajuk (berita) ini adalah tidak benar sama sekali. Ia sama sekali tidak menggambarkan pendirian kerajaan dalam hal berkenaan.

“Perbincangan semalam hanya seputar isu-isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan tinggi khususnya bagi manfaat pendeposit TH. Kerisauan dibangkitkan segelintir pihak berkenaan adalah di luar fokus perbincangan semalam,” katanya. 

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa Zulkifli memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mempertahankan jaminan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH. – BH Online

Tags: Tabung Hajiumat Islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Calon SPM, STPM Dibenar Berambut Panjang

Next Post

3,211 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian Hari Ini

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

3,211 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd