• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Terdesak Curi Kerana Anak Demam Dapat Bantuan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang wanita yang ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya pada Rabu.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya.

“Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat perkara sebegitu. Jika kita lapar, kita boleh bertahan. Jika anak kita lapar itu perkara lain,” katanya dalam siaran langsung di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya pada Khamis.

Jangan Risau… Klik Sini

Nik Ezanee berkata, pihaknya telah meluangkan masa melawat wanita berkenaan di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR), di sini.

“Kita telah memberi bantuan bakul Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada wanita berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan Nik Ezanee memaklumkan, pihaknya berhadapan cabaran dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Orang ramai mengadu kenapa polis buat sekatan jalan raya, tutup jalan dan jalan sesak.

“Sebenarnya bukan tuan-tuan dan puan-puan susah, ada lagi susah… kalau kita nak lawan Covid-19, ramai terkesan tidak kira frontliners, orang awam daripada semua peringkat dan lapisan, korbankan sedikit kesusahan untuk masa depan kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: anak demamIbuMencuripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

13/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan individu dikenali sebagai Aliff Daniel bersama ibunya ditangkap di Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd