• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSR: Kos Bayaran Pampasan Lebih Rendah Kepada Singapura

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia yakin kos pampasan yang perlu dibayar berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dinyatakan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini kerana jumlah S$270 juta (RM821 juta) yang dinyatakan menteri terbabit merangkumi beberapa komponen antaranya konsultan, tenaga kerja dan lain-lain kos.

“Menteri Pengangkutan Singapura menyatakan pampasan itu tidak termasuk kos tanah kerana kita difahamkan kerajaan Singapura ada membeli beberapa bidang tanah untuk melaksanakan projek ini.

“Oleh itu, kita yakin jumlah pampasannya (bayaran kepada pembatalan HSR kepada Singapura) adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah S$270 juta yang dinyatakan itu,” katanya dalam program temubual yang disiarkan secara langsung malam ini.

Mustapa turut menegaskan, kerajaan buat masa ini tidak boleh mendedahkan jumlah pampasan yang akan dibayar kepada Singapura kerana terikat dengan klausa kerahsiaan.

Malah, beliau berkata, jumlah pampasan yang perlu dibayar Malaysia masih belum dimuktamadkan.

“Kita ada perjanjian menjaga kerahsian, maknanya (jumlah pampasan) tidak boleh didedahkan dan itu sebabnya banyak tekanan kepada saya dan kerajaan supaya mendedahkannya.

“Sudah pasti akan didedahkan nanti cuma buat masa ini tidak wajar didedahkan kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak.

“Apa yang penting (jumlah pampasan perlu dibayar) masih belum dirunding. Jadi adalah tidak wajar bagi kerajaan mengumumkan satu angka yang belum muktamad dan jadi saya harap rakyat faham perkara ini,” katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan sebaik sahaja nilai pampasan itu dimuktamadkan, kerajaan akan mengumumkan perkara itu kerana ia membabitkan wang rakyat.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, kerajaan masih berminat melaksanakan projek terbabit namun kaedah serta model projek berkenaan perlu dikaji semula.

“Tidak dinafikan projek ini akan memberi limpahan ekonomi kepada negara sama seperti pelaksanaan Projek Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) suatu ketika dahulu.

“Itu sebabnya kita masih berminat melaksanakan projek ini cuma model, cara dan kaedahnya yang kita rasa perlu dilihat semula disebabkan keadaan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

“Kerajaan juga memberi jaminan jika projek ini diteruskan dengan model baharu kelak, ia akan dibuat secara tender terbuka,” katanya.

Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung, pada sesi Parlimen hari ini, memaklumkan jumlah pampasan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan merangkumi pelbagai kos, tetapi tidak membabitkan kos pembelian tanah.

Beliau berkata, Singapura sudah membelanjakan S$270 juta setakat ini membabitkan projek berkenaan iaitu merangkumi perkhidmatan konsultan, reka bentuk infrastruktur dan tenaga buruh. – BH Online

Tags: Mustapa MohamedpampasanProjek HSRSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd