• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Vaksinasi COVID-19 Melalui 3 Fasa

oleh
15/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksinasi COVID-19 akan dibuat melalui tiga fasa yang akan dibuka tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Babam, berkata pemberian vaksin itu bagi membentuk imunisasi berkelompok dalam negara.

“Fasa pertama akan diberikan kepada petugas barisan hadapan, fasa kedua untuk kumpulan berisiko tinggi atau berpenyakit kronik serta warga emas berumur 60 tahun ke atas dan fasa terakhir kepada orang awam berusia 18 tahun dan ke atas. 

“Sehingga 13 Januari, kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia sudah disuntik vaksin COVID-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia. Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mempraktikkan norma baharu,” katanya.

Melalui status dalam Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Adham berkata, terdapat empat matlamat imunisasi COVID-19, iaitu untuk melindungi barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti berkelompok dan memutuskan rantaian jangkitan. 

Mengenai peneriman rakyat terhadap vaksin COVID-19, beliau berkata, tinjauan oleh KKM secara dalam talian pada 21 hingga 28 Disember lalu mendapati sebahagian besarnya bersetuju. 

“Tinjauan dalam talian ini disertai 212,000 responden dan daripada jumlah itu, 67 peratus bersetuju, 17 peratus tidak pasti dan 16 peratus tidak bersetuju. 

“Peratusan yang tidak pasti itu kerana mereka risau akan keberkesanan vaksin terbabit. KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 juta rakyat Malaysia akan diberikan vaksin. 

Turut dilaporkan ialah vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia pada akhir Februari ini sudah diberi kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM. 

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan, malah sudah ada sebahagian daripada negara itu mula menggunakannya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan. – BH Online

Tags: ImunisasiKKMvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd