• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 i-Sinar Kategori 2

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar kategori 2.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan itu yang akan dibuat mulai 26 Januari depan.

“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.

“Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada Isnin.

Muhyiddin berkata, sejak kemudahan i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 bermula 21Disember lalu, lebih tiga juta permohonan telah diluluskan setakat 13 Januari lalu dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.

Terdahulu, pembayaran untuk permohonan bagi kategori 1 yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Sementara itu, Muhyiddin turut menjelaskan pelaksanaan moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, sepeti yang diumumkan sebelum ini.

Menurutnya, bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

“Setakat ini sebanyak 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan bayaran dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi PKS,” katanya. – Sinar Harian

Tags: i-SinarKWSPmoratorium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd