• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran BPN 2.0 Dibuat Mulai 21 Januari

oleh
13/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan mempercepatkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta kira-kira 460,000 penerima baharu, mulai 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini susulan pengumuman pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata semakan kelulusan itu boleh dibuat mulai 15 Jan, 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my. 

“Bayaran bagi penerima B40 dan M40 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai 21 Januari dan 25 Januari ini.

“Bagi penerima tanpa akaun bank, tarikh pembayaran akan bermula pada 25 Januari melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mana pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa. 

“Untuk penerima di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai awal bulan Februari sehingga 1 April, 2021 di lokasi-lokasi yang akan diumumkan pada akhir Januari,” kata beliau.

Permohonan penerima baharu tersebut telah diluluskan sewaktu tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lepas.

BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan pada 23 September lepas.

Inisiatif BPN 2.0 itu disalurkan menerusi dua fasa pembayaran pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi seramai 11.06 juta penerima iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 bilion, setakat ini.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: bantuan prihatin nasionalBPN 2.0
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kartel Daging: Maqis Salur Maklumat Kepada SPRM

Next Post

Agong, Permaisuri Santuni Mangsa Banjir Di Temerloh

Related Posts

Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai. Bekas Perdana Menteri,...

BPN Bantuan Tunai Terbesar Dalam Sejarah Negara

29/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Bantuan Prihatin Nasional atau BPN berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan 11 juta penerima adalah bantuan tunai terbesar...

Next Post

Agong, Permaisuri Santuni Mangsa Banjir Di Temerloh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd