Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lim Perlu Tanggung Sendiri...

KEPALA BATAS - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal...

Banjir: Penduduk Pasir Puteh...

PASIR PUTEH: Rata-rata penduduk di daerah ini bimbang apabila mereka kini kehabisan wang...

Kerajaan Setuju Kongsi Wang...

TUMPAT - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk berkongsi secara...

Penerbangan Paling Selamat Di...

SYDNEY – Tragedi yang menimpa dua buah pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun lalu...

Batal HSR Kerana Perangai Gila Sakau?

BUKAN takda duit ke apa… Antara punca utama projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan ialah Malaysia terlalu ingin menukar pembekal sistem dan operator rangkaian projek berkenaan (Assets Co).

Syarikat berkenaan dipilih kedua negara pada zaman Najib Tun Razak melalui tender telus dan terbuka antarabangsa.

Perkara itu diketahui melalui jawapan yang diberikan dalam Parlimen di Singapura hari ini.

Memetik laporan The Straits Times, Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung yang menjelaskan perkara itu berkata, cadangan itu juga telah mengubah ‘perkara utama’ daripada persetujuan awal kedua-dua negara.

“Disebabkan dua-dua negara tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam menjalankan HSR, kami bersetuju di bawah persetujuan bilateral HSR untuk melantik pemain industri yang terbaik melalui tender antarabangsa secara terbuka dan telus bagi memainkan peranan AssetsCo.

“Setelah dilantik, AssetsCo akan membekalkan sistem kereta api, menjalankan operasi rangkaian, memastikan keutamaan diberikan secara wajar kepada HSR sebagai perkhidmatan rentas-sempadan serta tujuan domestik di Malaysia, dan boleh dipertanggungjawabkan oleh Singapura dan Malaysia,” jelas Ye Kung.

Bagi Singapura, katanya, AssetsCo menjadi keutamaan projek HSR dan wajib dikekalkan bagi memastikan kepentingan Singapura dan Malaysia dilindungi.

“Ini akan memastikan sebarang perselisihan pendapat pada masa hadapan dapat dielakkan apabila projek ini dijangka akan berlanjutan selama berdekad,” kata Ye Kung.


Justeru, Singapura memaklumkan kepada Malaysia bahawa tidak mengekalkan AssetsCo adalah perubahan ke atas perkara asas yang telah dipersetujui sebelum ini.

Buat malu la Malaysia ni. Sangat memalukan.

Nak bawak masuk kroni sendiri la tu…

Singapura yang memiliki urus tadbir koorporat yang bertaraf dunia takkan layan la perangai gila sakau camni.

Kalau tidak mengapa beriya sangat nak tukar syarikat pakar yang telah dipersetujui kedua negara.

Buat la PRU15 cepat…

Kategori