• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Pantai Timur Makin Buruk

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di pantai timur bertambah buruk petang ini berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air sungai sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri-negeri berkenaan.

Di KELANTAN, situasi banjir semakin memburuk melibatkan lima jajahan dengan jumlah mangsa dipindahkan ke PPS seramai 2,142 orang daripada 567 keluarga setakat petang ini, berbanding 125 mangsa, pagi tadi.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jajahan Jeli mencatat jumlah penduduk yang terjejas teruk dengan seramai 1,060 keluarga daripada 296 keluarga ditempatkan di 10 PPS.

Di Kuala Krai, 18 PPS diaktifkan bagi menempatkan 643 mangsa daripada 144 keluarga; Tanah Merah (352 mangsa daripada 98 keluarga di 11 PPS); Gua Musang (54 mangsa daripada 13 keluarga di empat PPS) dan di Pasir Mas membabitkan 33 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Dalam pada itu, menurut infobanjir.water.gov.my, setakat petang ini enam sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras bahaya (PB) iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang 60.13 meter (m) (PB 59.00 m);  Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 35.58 m (PB 35.00 m); Sungai Kelantan di Kuala Krai 26.65 m (PB 25.00 m); Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 16.70 m (PB 16.00 m); Sungai Golok di Jenob 24.24 (PB 23.50 m); dan Sungai Galas di Dabong 39.26 m (PB 38.00 m).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran dijangka berlaku banjir di jajahan Kuala Krai hari ini mulai 12 tengah hari melibatkan lembangan Sungai Galas iaitu di kawasan Pekan Dabong, Pengkalan Bot Kampung Bahagia dan kawasan sekitarnya.

Mulai petang ini juga banjir diramal berlaku melibatkan Sungai Nal, Sungai Durian dan Sungai Pahi di kawasan Kampung Bedal; Kampung Sireh; Taman Warisan; Kampung Kuala Pertang; Kampung Ngagoh;  Kampung Pahi dan Kampung Aur Duri; Kampung Guchil; Kampung Jirat; Kampung Gatal; Kampung Batu Mengkebang; Kampung Keroh; Kampung Batu Jong dan kawasan sekitarnya.

Di Gua Musang, banjir diramal berlaku mulai petang ini melibatkan Kampung Limau Kasturi dan kawasan sekitarnya.

Setakat ini, dua jalan utama ditutup kepada semua jenis kenderaan melibatkan Jajahan Jeli iaitu Jalan Jeli-Dabong (Kampung Reka) dengan kenaikan air sedalam satu meter dan Jalan Jeli-Dabong di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Balah yang dinaiki air setinggi satu meter.

Situasi sama turut berlaku di TERENGGANU dan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan jumlah mangsa terus meningkat kepada 910 orang setakat 3 petang ini berbanding 267 orang pada 8 pagi tadi.

“Hulu Terengganu daerah terbaharu dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan menyebabkan satu PPS dibuka di daerah itu untuk 30 mangsa manakala di Kemaman, mangsa terus meningkat kepada 657 orang di tujuh PPS dan di Dungun, mangsa ialah 223 orang di dua PPS. Ketika ini proses pemindahan penduduk masih berjalan di semua daerah tersebut,” katanya.

Di PAHANG, mangsa banjir di sembilan daerah di negeri ini meningkat kepada 21,779 orang pada sebelah petang berbanding 18,976 orang pada pagi tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan setakat 3 petang ini, Daerah Maran mencatat jumlah mangsa tertinggi seramai 5,431 orang diikuti Temerloh (3,647), Kuantan (3,456), Lipis (2,551), Jerantut (2,393), Raub (2,338), Rompin (1,012), Pekan (499) dan Bera (452).

Portal berkenaan turut melaporkan paras air di Sungai Pahang di Daerah Bera, Maran, Kuantan, Lipis, Jerantut, Temerloh telah melepasi tahap bahaya.

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad dalam laman Twitternya memaklumkan laluan di KM113 dan KM115 di Lanchang masih ditutup di kedua-dua hala susulan kenaikan air. Turut ditutup laluan di KM84 melibatkan penutupan antara persimpangan Karak dan Temerloh menghala Kuantan.

Namun, di PERAK, jumlah mangsa banjir membabitkan tiga daerah menurun kepada 493 orang daripada 144 keluarga berbanding 520 orang daripada 152 keluarga di enam PPS setakat 2 petang.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Daerah Hilir Perak menempatkan paling ramai mangsa banjir ketika ini iaitu 464 orang di empat PPS, Muallim (empat orang) dan Kampar (25 orang), dengan masing-masing di sebuah PPS.

“PPS Dewan Bandaran Gopeng di Kampar telah ditutup sepenuhnya pada 9.30 pagi tadi setelah kediaman mangsa banjir di Kampung Singh surut dan selamat diduduki,” katanya.

Menurut infobanjir.water.gov.my, Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar mencecah paras bahaya  iaitu 54.93m dan sungai di Kuala Kenderong, Hulu Perak pula melebihi paras amaran iaitu 112.12m.

Di SELANGOR, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila kedua-dua PPS yang dibuka sebelum ini, ditutup petang ini.

Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata PPS yang ditutup itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, Kuala Selangor dan Balai Raya Kampung Alah Batu, Hulu Bernam.

Di JOHOR, cuaca yang semakin baik membolehkan lapan PPS ditutup sekali gus menyaksikan hanya 26 PPS masih beroperasi di enam daerah yang terjejas akibat bencana itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata berikutan perkembangan terbaharu itu, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 3,182 mangsa daripada 807 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 3,566 orang daripada 903 keluarga pada 8 pagi tadi.

Beliau berkata penutupan PPS berkenaan melibatkan SK Sungai Linau, Simpang Renggam dan Dewan Ithnin Maarof (Kluang); SK Bukit Lintang, SK Gembut dan SK Tun Dr Syed Nasir (Kota Tinggi); SK Sri Bulan (Batu Pahat); SK Sawah Datuk (Mersing) dan Balai Raya Kampung Jabi (Segamat).

Katanya Kota Tinggi masih merupakan daerah paling tinggi merekodkan mangsa banjir seramai 1,793 orang daripada 451 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS.

Berbanding pagi tadi, ketika ini hanya dua jalan ditutup sepenuhnya di Johor iaitu Jalan Mawai Lama, Kota Tinggi dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru, katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPantai Timur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd