• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayam Ukraine Bongkar Kegiatan Kartel Daging Import

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penemuan ayam beku diimport dari Ukraine di gudang simpanan sebuah syarikat di Johor membongkar kegiatan empat individu termasuk seorang pengarah syarikat yang dipercayai terbabit dalam isu kartel daging import.

Negara Ukraine bukan negara diiktiraf bagi pengimportan daging ke negara ini berdasarkan senarai dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Semua ayam beku berkenaan dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dalam satu serbuan baru-baru ini.

Syarikat itu yang didaftarkan di Ulu Tiram di sini, beroperasi sejak 12 Oktober 2014 dan menjalankan perniagaan mengimport dan mengedar produk daging beku.

Rampasan ayam beku itu dilakukan KPDNHEP di gudang mereka di Senai, dekat sini.

Menurut sumber, syarikat berkenaan mempunyai dua pengarah warga tempatan dan seorang daripada pengarah dikatakan sudah melarikan diri dipercayai sejak kes kartel import daging terbongkar.

Pengarah berkenaan yang berusia 42 tahun memiliki saham terbesar dalam syarikat ini.

Sebelum ini media mendedahkan kegiatan kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah termasuk yang diragui status halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ sesetengah kakitangan kerajaan, termasuk pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Kartel didakwa mempunyai ‘orang dalam’ di semua peringkat prosedur dan pemeriksaan di pintu masuk menyebabkan mereka ‘kebal’ sehingga mampu beroperasi lebih 40 tahun tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Mengikut laporan awam yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu merekodkan perolehan RM100 juta bagi tahun kewangan 2018 selain memiliki aset bernilai RM19 juta. – myMetro Online

Tags: Ayam ImportDaging ImportKartel DagingUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd