• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Hantar Surat Kepada MP Rayu Agong Batal Darurat

oleh
14/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam usaha merayu membatalkan pelaksanaan darurat di negara ini dan Parlimen boleh segera bersidang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun berkata, surat berkenaan perlu disesuaikan berdasarkan pertimbangan semua ahli Parlimen dan parti masing-masing.

“Semoga warkah ini mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat, seterusnya menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anwar berkata, Parlimen perlu bersidang segera untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara.

Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos depan atau suatu tarikh yang lebih awal sekiranya angka harian kes baharu positif Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu pada Isnin.

Perdana Menteri berkata, darurat bukannya rampasan kuasa dan aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa, tetapi Parlimen serta semua Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung sehingga tempoh berakhir.

Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kemudian membantah pengisytiharan darurat itu yang didakwa mereka sebagai tindakan untuk Muhyiddin menyelamatkan kedudukannya, merencatkan demokrasi dan menafikan suara rakyat. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimdaruratYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd