• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Dedah Pemimpin UMNO Keluar Surat Sokong Anwar

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Surat dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan tulen oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Dedahnya, beliau telah mengambil tindakan untuk menyemak kesahihannya surat berkenaan yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bertarikh 11 Oktober 2020.

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak. Ia adalah tulen,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, antara isi kandungan surat berkenaan berkisar perkara untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Selain itu, ia turut menyebut untuk menukar Perdana Menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar,” katanya.

Menurutnya, beliau mengambil langkah untuk tidak mendedahkan surat tersebut kerana tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin berkenaan.

“Kita tidak bincang. Majlis Tertinggi pun tidak bincang,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu boleh mendatangkan mudarat yang perlu dielakkan oleh BN.

“Kita perlu elak perkara ini atas dasar antara dua mudarat, yang mana mudarat lebih besar kita elakkan.

“Tapi oleh kerana ini adalah perkara yang paling utama perbezaan pendapat saya dengan pengerusi, saya terpaksa berterus terang. Kalau tidak ahli-ahli di bawah tidak faham,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai siapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mengadakan perbincangan dengan DAP untuk mengadakan sokongan Anwar, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh spesifik, saya fikir rakan-rakan saya dalam MT boleh bincang perkara itu,” katanya.

Annuar menyifatkan tindakan sokongan Ahmad Zahid terhadap Anwar dan bekerjasama dengan DAP adalah perkara berat buat parti itu.

“Saya berpandangan sokongan bertulis kepada YDPA bahawa sebahagian daripada Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar adalah perkara berat,” katanya.

Beliau berkata, pendirian yang diambil oleh Ahmad Zahid terlalu berprinsip dan melibatkan keputusan rasmi parti di peringkat Biro Politik, Jawatankuasa Pengurusan, Majlis Tertinggi malah Perhimpunan Agung UMNO.

“Bila sokongan itu diberikan tanpa pengetahuan parti walaupun dilakukan oleh seorang pengerusi pada saya ia perkara yang saya tidak dapat terima…apa lagi nak laksanakan perkara tersebut,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Annuar MusaAnwar IbrahimUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd