• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Maut Ketika Mengejar Penjenayah

oleh
08/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang anggota polis maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan raya sewaktu mengejar penjenayah di Jalan Padang Temusu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa, Koperal K Mahadir Elis, 38, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun, suspek dapat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pada jam 3.45 pagi tadi, mangsa bersama anggota pasukan Task Force Cegah Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pergi ke Kampung Kepala Bukit, Kampung Sungai Pasir, di sini dan menahan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 50 tahun untuk membantu siasatan kes samun, curi kenderaan dan pecah rumah.

Beliau berkata, susulan penahanan tiga lelaki itu, mangsa bersama pasukan membuat serbuan ke Padang Temusu jam 7.30 pagi tadi untuk membuat tangkapan terhadap suspek lelaki yang masih bebas.

Katanya, setibanya di lokasi, mangsa ternampak suspek berusia 21 tahun itu sedang membuka tayar motosikal di hadapan rumah berkenaan.

“Bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

“Suspek melarikan diri ke arah jalan utama dan mangsa mengejarnya sejauh kira-kira 500 meter dan sewaktu melintas jalan, pekerja syarikat pembersihan yang menunggang Yamaha Y15 melanggar mangsa dari arah hadapan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Adzli berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Arwah seorang anggota yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 12 tahun dan di IPD Kuala Muda selama tiga tahun,” katanya.

Adzli berkata, mangsa meninggalkan isteri, Azlila Talib, 39, dan tiga anak berusia antara lima hingga 17 tahun.

Jenazah dibawa ke rumahnya di Sungai Dua, Butterworth di Pulau Pinang untuk dikebumikan. – myMetro Online

Tags: anggota polispenjenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd