• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Sosial Sewaktu PKP Tak Dibenarkan

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu penting bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19  ini.

“Bagaimanapun bagi Perlis dan Sarawak di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKP-P), aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan.

Beliau berkata pergerakan rentas negeri sewaktu PKP tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Perdana Menteri berkata susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya akan mula berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Jan.

“Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

“Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000,” katanya. 

Menyentuh mengenai sektor ekonomi, Muhyiddin berkata kerajaan telah mengenal pasti lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Jelasnya, sektor ini dibenar beroperasi kerana peranannya menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas seperti makanan, minuman dan barangan keperluan rumah serta penjagaan diri.

Menurutnya ia membabitkan kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE), peranti perubatan dan ubatan kepada petugas kesihatan; aktiviti perdagangan antarabangsa; memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan menyokong infrastruktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan. 

Muhyiddin berkata bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenar berada di pejabat manakala bagi pekerja kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan majikan masing-masing.

“Ingin saya ingatkan, jumlah pekerja yang ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung sewaktu berada di tempat kerja.

“Mana-mana majikan yang melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperincikan jenis-jenis perkhidmatan yang disenaraikan sebagai ‘essential economic sector’ selain bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya untuk memperincikan butiran kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi.

Muhyiddin berkata bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenarai sebagai sektor ekonomi perlu, arahan bekerja dari rumah atau ‘work from home’ akan berkuatkuasa. – BERNAMA

Tags: aktiviti sosialCovid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd