• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Berkaitan Pensijilan Halal Akan Dipinda – Dr Zulkifli

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal bagi mengelakkan berlaku pertindihan selain memperkemas undang-undang sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Selain itu katanya pihak berkuasa juga akan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal.

“Ada beberapa tindakan yang akan kita lihat dengan lebih berkesan dan kita sedang membuat satu mekanisme atau persediaan ke arah itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Slim River di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya bersedia mempereratkan lagi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya dalam audit yang dilaksanakan terhadap loji penyembelihan di luar negara sebelum diberi kebenaran mengeksport daging ke negara ini. 

“Sekarang sudah ada pegawai SPRM bersama kami di Jabatan Perdana Menteri. Insya-Allah, hubungan kita dengan SPRM cukup baik dan mungkin boleh dieratkan lagi mengikut kesesuaian pelaksanaan isu yang berkait dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Zulkifli mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai berkata beliau pernah cuba menambah baik prosedur audit loji penyembelihan di luar negara yang menghasilkan daging sejuk beku ke negara ini ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). – BERNAMA

Tags: loji penyembelihanmakanan halalsijil halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd