• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Bantah Permohonan Muda Cabar Tindakan RoS

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti politik.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali berkata, bantahan itu dibuat atas alasan permohonan berkenaan adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Kami berhujah bahawa pemohon tidak merayu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin terlebih dahulu sebelum memfailkan semakan kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 dan Muda mempunyai tempoh 30 hari dari 6 Januari untuk mengemukakan rayuannya. 

Jangan Risau… Klik Sini

“Mahkamah menetapkan 4 Februari ini untuk keputusan mengenai permohonan bagi semakan kehakiman itu,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pendengaran permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Syed Saddiq yang juga pengasas Muda serta 12 individu selaku pemohon diwakili peguam Tan Sri Tommy Thomas, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Lim Wei Jiet. 

Sementara itu, peguam yang mewakili Muda menghujahkan bahawa mereka tidak membuat rayuan kepada menteri berkenaan disebabkan menteri itu, menerusi beberapa kenyataannya, sudah mempunyai prasangka sendiri berhubung permohonan pendaftaran parti itu.

“Justeru, kami berpendapat tidak ada gunanya untuk membuat rayuan kepada beliau. Tambahan pula, tidak ada halangan untuk mahkamah menimbang perkara ini pada peringkat berasingan yang lebih bebas,” kata mereka dalam kenyataan.

Pada 12 Januari lalu, mereka memfailkan permohonan semakan itu dengan menamakan RoS dan Menteri Dalam Negeri, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, serta memohon perintah untuk membatalkan keputusan RoS yang menolak pendaftaran Muda sebagai pertubuhan di bawah kategori parti politik menurut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama semakan kehakiman, berkata pihaknya menerima surat daripada RoS pada 6 Januari lalu yang menyatakan bahawa permohonan Muda tidak mematuhi Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966 dan permohonan ditolak mengikut Seksyen 7 (3) (e) Akta Pertubuhan 1966. 

“Terdapat kelalaian daripada pihak RoS untuk menjelaskan secara terperinci perenggan kecil atau peruntukan mana di bawah Jadual Pertama yang tidak dipatuhi oleh Muda. Penaja-penaja Muda tidak dapat mengetahui akan ketidakpatuhan yang dikatakan itu dan tidak dapat membetulkannya.

“Muda sudah mematuhi sepenuhnya semua peruntukan Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966. Oleh itu, tidak ada asas untuk menolak permohonan pendaftaran Muda,” katanya. – BERNAMA

Tags: jabatan peguam negaramudaROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Gelandangan Positif COVID-19

Next Post

PdPR: Daki Bukit 20 Minit Untuk Akses Internet

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

17/01/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. untuk merujuk...

Next Post

PdPR: Daki Bukit 20 Minit Untuk Akses Internet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd