• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40% Kerja Sivil ECRL Diberikan Kontraktor, Pembekal Tempatan

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mencapai persetujuan bagi CCCC untuk melantik sub-kontraktor dan pembekal tempatan bagi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada kerja-kerja sivil Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai hampir RM10 bilion.

Kerja-kerja tersebut yang tidak termasuk kerja-kerja terowong adalah bagi pelaksanaan projek dari 2017 sehingga 2026.

Pengerusi MRLSB, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata CCCC juga bersetuju untuk memberi perhatian khas kepada pelantikan kontraktor kecil bersaiz Gred G1-G3 bagi memberi manfaat langsung kepada mereka serta keseluruhan pemain industri pembinaan dalam negara.

“Setakat hari ini, sejumlah 403 kontraktor tempatan telah berjaya melepasi proses pra-kelayakan ini dan telah pun didaftarkan di sistem pendaftaran atas talian. Daripada jumlah tersebut, 212 syarikat adalah kontraktor Bumiputera atau 52 peratus daripada jumlah keseluruhan pra-kelayakan.

“Sejak daripada pelaksanaan projek dari 2017 sehingga 30 Nov 2020, sejumlah RM3.39 bilion nilai kontrak kerja-kerja ECRL (termasuk kerja-kerja sivil kekal dan sementara) telah diberikan kepada hampir 2,000 syarikat tempatan yang terdiri daripada kontraktor, pembekal dan perunding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, RM1.69 bilion adalah untuk kerja-kerja di Pahang, diikuti Terengganu (RM1.40 bilion) dan Kelantan (RM0.30 bilion).

Dari segi kemajuan projek, pembinaan ECRL kini merekodkan kemajuan pembinaan yang lebih awal berbanding jadual didorongi oleh kerja-kerja pembinaan di Seksyen A (Kota Bharu-Dungun) dan Seksyen B (Dungun-Mentakab).

Pada masa ini, kadar kemajuan pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak 19.69 peratus.

MRLSB menyasarkan kemajuan pembinaan keseluruhan mencecah 30 peratus menjelang akhir tahun, katanya. – BERNAMA

Tags: ECRLsub-kontraktor tempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd