• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,232 Kes Baharu Covid-19, 4 Kematian

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 terus mencatatkan empat angka apabila 2,232 kes dilaporkan hari ini dengan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 138,224 kes dan kebolehjangkitan pula 28,554 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu 2,226 kes membabitkan tempatan dan enam lagi kes import.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 557 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 404 kes (72.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 396 kes (17.7 peratus) dan Sabah sebanyak 374 kes (16.8 peratus).

“Sebanyak 194 kes (8.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), dan Kluster Pagar Siput (5 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 1,006 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 109,115 kes.

Tambah beliau, terdapat 187 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, terdapat pertambahan empat kematian semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 555 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd