• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

213 Pusat Penilaian COVID-19 Ditubuh

oleh
22/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 213 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) ditubuhkan di seluruh negara bagi meneliti kelulusan menjalani rawatan di rumah.

Berdasarkan perangkaan itu, Sarawak mempunyai jumlah CAC terbanyak iaitu 40 pusat, diikuti Pulau Pinang (30), Sabah (25), Selangor (19), Kelantan (14), Terengganu (13) dan masing-masing 11 di Perlis, Kedah, Perak serta Pahang.

Johor turut mempunyai 10 CAC ketika ini, manakala Negeri Sembilan (7), masing-masing lima di Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta satu di Labuan. 

Jangan Risau… Klik Sini

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

“Secara amnya, satu daerah mempunyai satu CAC, dan ada kemungkinan wujudnya dua atau lebih CAC bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan.

“CAC akan berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Peralatan Penilaian di Rumah (HAT). 

“Pasukan CAC juga akan bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk, selain perlu dirujuk ke Pusat Kuarantin serta Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital.

“Ini bagi pesakit kategori satu dan dua yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan dipantau dari rumah. CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Adham berkata setiap CAC di peringkat daerah diketuai oleh seorang koordinator, justeru orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi pusat berkenaan melalui nombor telefon seperti dinyatakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Menerusi langkah sedemikian, beliau meminta orang ramai untuk bersama-sama dengan kementerian dalam memerangi penularan COVID-19, secara bersepadu.

“KKM menerusi pelbagai peringkat dan saluran akan memaklumkan langkah-langkah seterusnya yang mesti dipatuhi serta diamalkan oleh pesakit sepanjang tempoh rawatan di rumah,” katanya. – BH Online

Tags: CACCovid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd