• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,027 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian Direkodkan

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini hari ini mencatatkan 2,027 kes baharu dan lapan kematian baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 122, 845 kes dengan kebolehjangkitan pula 22,887 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,221 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 94,449 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 2,011 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes (25.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 338 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (21.1 peratus) dan Sabah sebanyak 383 kes (18.9 peratus).

“Sebanyak 111 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM turut mengesan 11 kluster baharu hari ini iaitu Kluster Jalan Playar, Kluster Sei Suria, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Bukit Angkat, Kluster Parit Jamil, Kluster Tombovo, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Jalan Raja, Kluster Langit Selatan, Kluster Bah Sayap dan Kluster Mengkuang,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd