• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Ahli Sindiket Dadah Terbesar Negara Didakwa Esok

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 13 ahli sindiket yang dipercayai terlibat dengan rampasan dadah terbesar negara bernilai RM201 juta di bandar raya ini dua minggu lepas, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lapan daripada mereka akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, manakala lima lagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Seramai 13 suspek yang akan dituduh esok adalah termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai akauntan, yang merupakan teman wanita kepada ketua sindiket.

Jangan Risau… Klik Sini

“Ada masyarakat awam kata tangkapan ada tetapi tiada pertuduhan, jadi saya ingin berkongsi bahawa kita bukan sahaja menjalankan operasi tangkapan dan rampasan, tetapi kita akan pastikan mereka (suspek) dituduh, insha-Allah mereka (akan) disabitkan kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Bagaimanapun Ayob Khan berkata, polis masih giat menjalankan siasatan dan mengesan saki-baki suspek yang disyaki masih bebas.

Antara 8 sehingga 17 Januari lepas, polis Johor berjaya membuat 23 serbuan di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru, sekali gus membongkar aktiviti sindiket melibatkan lima stor penyimpanan dadah dan dua makmal haram memproses dadah.

Hasil serbuan itu, polis menahan 17 ahli sindiket termasuk tujuh wanita tempatan berusia antara 17 dan 62 tahun, namun empat daripadanya dibebaskan dan akan dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah. – BERNAMA

Tags: Polis JohorSindiket Dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perkenal Dasar ‘Manhaj Rabbani’

Next Post

Semoga Usaha Murni Selama Ini Diberkati – Dr Adham

Related Posts

Sindiket Dadah Di Kelantan Berselindung Di Sebalik Perniagaan

Sindiket Dadah Di Kelantan Berselindung Di Sebalik Perniagaan

21/08/2024
0

Kota Bharu : Sindiket dadah di Kelantan dikesan berselindung di sebalik perniagaan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak polis. IKUTI...

6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup

6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup

03/03/2023
0

Petaling Jaya : Enam lelaki disyaki ahli sindiket mengedar dadah ditahan bersama 4.92 kilogram (kg) ganja dalam dua serbuan di...

Next Post

Semoga Usaha Murni Selama Ini Diberkati - Dr Adham

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd