• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YouTuber Didakwa Mencabul Direman 2 Hari

oleh
11/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – YouTuber direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan dia mencabul seorang wanita berusia 24 tahun.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli, hari ini.

Terdahulu suspek berusia 22 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 10.35 pagi tadi diiringi polis.

Siasatan terhadap YouTuber yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sebelum ini, media melaporkan, satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu mendakwa dicabul lelaki terbabit.

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi, 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa yang juga pelakon drama itu sebelum melakukan onani ketika mangsa berseorangan di sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. – myMetro Online

Tags: mencabulyoutuber
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelantikan EXCO PAS Bergantung Perkenan Sultan Perak

Next Post

Ucapan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Buat Sultan Sharafuddin

Related Posts

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

22/06/2023
0

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah...

Rakan Youtuber Terkenal Didakwa Bunuh Teman Wanita

15/04/2022
0

Seorang lelaki yang merupakan rakan seorang Youtuber terkenal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Balik Pulau hari ini atas pertuduhan membunuh...

Next Post

Ucapan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Buat Sultan Sharafuddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd