• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil ADUN BERSATU, PAS Dititah Mengadap Sultan Nazrin

oleh
08/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS dititah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, memaklumkan titah itu pada sidang media di hadapan perkarangan Istana Kinta di sini, sebaik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selesai menghadap Sultan Nazrin pagi ini.

Beliau berkata, pagi ini Ahmad Zahid dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad, menghadap Sultan Perak bagi sembah maklum berkenaan status terkini politik.

“Sultan Nazrin menerima maklumat dan status terkini dipersembahkan tetapi baginda perlu diyakinkan bahawa perkara dipersembahkan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu. 

“Oleh kerana itu, selanjutnya baginda menitahkan ADUN daripada BERSATU dan PAS untuk mengadap pada bila-bila masa masa hari ini.

“Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar akan hanya dilaksanakan selepas baginda tuanku yakin sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri. 

“Jadi, kita sedang menunggu wakil kalangan ADUN Bersatu dan PAS pada bila-bila masa daripada sekarang,” katanya.

Ditanya berkenaan sama ada wakil Pakatan Harapan (PH) akan turut mengadap, katanya, setakat ini hanya ADUN BERSATU dan PAS yang telah dimaklumkan untuk menghadap baginda bagi mendengar pendirian mereka berhubung penubuhan Kerajaan Perak.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba memasuki perkarangan Istana Kinta Ipoh di sini pada jam 9.55 pagi dan kemudiannya disusuli Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membabitkan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak, perlu terus dipertahan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan, berkata mesyuarat MKT UMNO membincangkan kemelut Menteri Besar di Perak.

Media turut melaporkan MKT UMNO bersetuju sebulat suara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Saarani yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan malam tadi bagaimanapun hanya meminta media menunggu siapa bakal dinamakan UMNO sebagai Menteri Besar baharu itu hari ini.

Kemelut politik negeri ini bermula selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan ADUN terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat lalu.

Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak, manakala satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), BERSATU (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. – BH Online

Tags: ADUN BersatuADUN PASMenteri Besar Perak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Presiden PAS Seru Umat Islam Bertenang  

Timbalan Presiden PAS Seru Umat Islam Bertenang  

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru umat Islam bertenang dalam berdepan...

PRK Kuala Kubu Bharu: ADUN BERSATU Turun Kempen Untuk Calon PH

PRK Kuala Kubu Bharu: ADUN BERSATU Turun Kempen Untuk Calon PH

09/05/2024
0

HULU SELANGOR : Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, turun padang menyokong kempen Kerajaan Perpaduan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd