• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajar Ketua Sindiket Warga Asing Dihukum ‘Persona Non Grata’

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya ketua-ketua sindiket jenayah scam dan maksiat warga asing di negara ini diisytihar sebagai ‘persona non grata’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya akan mengenal pasti mana-mana penjenayah warga asing untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi dikenakan tindakan sedemikian.

“Kami akan cadang kepada Jabatan Imigresen supaya penjenayah-penjenayah warga asing ini dikenakan pengisytiharan (persona non grata) berkenaan selepas mereka dikenal pasti terbabit dalam kegiatan haram ini.

“Dengan harapan mereka tidak boleh masuk (Malaysia) lagi. Seumur hidup (mereka) tidak boleh masuk ke dalam negara ini,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Mohamad Fauzi Md Isa berkata, apabila seseorang warga asing sudah diisytihar ‘persona non grata’ maka dia dilarang memasuki Malaysia seumur hidupnya.

“Bila dia tidak dibenarkan masuk, dia tidak dapat kemudahan imigresen yang diberikan kepada setiap warga asing itu misalnya mohon visa atau memohon permit kerja, ia tidak dibenarkan. Hendak masuk pun tak boleh,” katanya.

Mengulas sama ada pendatang yang memasuki negara ini secara haram boleh dikenakan tindakan sama, beliau berkata warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan akan disenarai hitamkan.

“Jadi, kesalahan menceroboh itu boleh dikenakan persona non grata dan pengisytiharan itu sudah lama dilaksanakan sejak penguatkuasaan akta (melibatkan pengisytiharaan itu),” katanya.

Kelmarin Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata warga asing yang didapati terbabit dan disabitkan dengan kesalahan membabitkan kegiatan jenayah akan diisytiharkan sebagai persona non grata.

Keputusan itu terpakai untuk semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen tanpa mengira jenis pas yang dimiliki.

Persona non grata adalah orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di sesebuah negara. – BERNAMA

Tags: Ketua SindiketPersona Non Gratawarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Polis Didakwa 8 Tuduhan Cabul, Peras Ugut Kekasih

Next Post

Rundingan Agihan Kerusi UMNO, BN Hampir Selesai

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Rundingan Agihan Kerusi UMNO, BN Hampir Selesai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd