• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tembak Anggota PGA: 3 Warga Thailand Disambung Reman

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyambung reman selama tujuh hari bermula hari ini, terhadap tiga lelaki warga Thailand berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Saifudin Aslin Abbas berkata pelanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan ketiga-tiga suspek berumur 34 hingga 38 tahun itu selepas tempoh reman terhadap mereka tamat hari ini.

Pada 24 November, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

“Tiada tangkapan baru dilakukan setakat ini melibatkan saki-baki kumpulan penyeludup dan siasatan lanjut akan diteruskan, manakala tempoh reman 15 lagi suspek warga tempatan akan tamat esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan cubaan membunuh.

Terdahulu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan permohonan polis untuk tempoh lanjutan reman terhadap ketiga-tiga suspek terbabit. – BERNAMA

Tags: Anggota PGAmaut ditembakWarga Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd