• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebat Elektrik 2 Sen Mulai 1 Januari

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik dan industri akan menikmati rebat elektrik sebanyak dua sen/kWh bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2021, demikian diumumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata, dengan pemberian rebat itu, seramai 7.5 juta pengguna domestik akan mengalami penurunan bil elektrik antara 3.6 peratus dan 9.2 peratus, manakala pengguna komersial pula akan mengalami penurunan bil antara 4.0 peratus dan 5.2 peratus.

Katanya bil elektrik untuk pengguna industri akan menurun antara 4.6 peratus dan 6.1 peratus.

Shamsul Anuar berkata, kerajaan bersetuju untuk mengekalkan purata tarif asas Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada kadar 39.45 sen/kWj bagi tahun 2021.

“Rebat yang kali pertama dinikmati sejak Julai tahun 2018 ini akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB, domestik dan bukan domestik.

“Langkah ini diambil berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Regulatori Kedua TNB di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) sehingga 31 Dis 2021,” katanya semasa mengumumkan kadar tariff elektrik baharu bagi tahun depan di sini hari ini.

Katanya kerajaan juga bersetuju untuk melepaskan penjimatan kos bahan api kepada semua pengguna TNB berikutan penurunan harga bahan api arang batu dan gas pada separuh kedua tahun 2020.

Ini selaras dengan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

“Kerajaaan berharap pemberian rebat ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta menurunkan kos menjalankan perniagaan yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rebat Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rebat Elektrik Semua Sektor 2 Sen Satu KWj

18/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd