• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman CCTV Willie Mongin Tunjuk Jari Tengah Tak Jelas

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menunjukkan jari tengah dalam Dewan Rakyat terus diperkatakan pada persidangan hari.

Ia susulan Fahmi Fadzil (PH- Lembah Pantai) bangun bertanya mengenai peraturan mesyuarat dan usul daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun terhadap ahli Parlimen Puncak Borneo itu.

Azhar memberitahu Dewan beliau tidak dapat memastikan bahawa kejadian tersebut berlaku walaupun telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam Dewan Rakyat kerana ia tidak jelas.

“Saya ada sedikit masalah penglihatan tetapi telah melihat semula rakaman CCTV tetapi tidak nampak dengan jelas kerana rakaman itu dari arah belakang.

“Semalam saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri dan beliau menafikan perkara tersebut berlaku,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu Khoo Poay Ting (PH-Kota Melaka) turut mencelah dan menjelaskan kejadian tersebut berlaku dan bersedia untuk memberikan rakaman yang lebih jelas.

Azhar ketika memberikan respons terhadap kenyataan tersebut memaklumkan beliau bersedia melihat rakaman tersebut.

“Terima kasih Kota Melaka, saya jemput ke kamar saya untuk kemukakan video berkenaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Dewan Rakyatrakaman cctvWillie Mongin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd