• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Trafik Mabuk, Memandu Lawan Arus Ditahan

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki di bawah pengaruh alkohol pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam di sini.

Katanya bertindak atas makluman sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan menahan lelaki berusia 25 tahun.

“Lelaki itu yang juga anggota polis trafik di Johor Bahru Selatan ditahan di Stesen minyak Lingkaran Dalam kerana memandu secara melawan arus dan disyaki di bawah pengaruh alkohol.

“Hasil siasatan mendapati anggota polis ini tidak bertugas semasa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

“Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial melihatkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus.

Kenderaan itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu kecemasan dibuka selain turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan U. – BH Online

Tags: mabukpandu lawan aruspolis trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd