• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan MOSTI Lulus Di Peringkat Jawatankuasa

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peruntukan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 bagi kementerian itu lulus dengan suara majoriti selepas dibahas 10 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan itu adalah Yeo Bee Yin (PH-Bakri), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), Datuk Seri Dr Shahidan Kassin (BN-Arau), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun).

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu menyentuh beberapa isu antaranya pembudayaan sains, teknologi dan inovasi, kabotaj, vaksin dan SilTerra Sdn Bhd.

Mengenai SilTerra, Khairy berkata kerajaan sedang menyediakan satu memorandum untuk membuat pendirian berhubung kepentingan nasional sebelum mengambil keputusan mengenai masa depan syarikat semikonduktor tempatan itu.

Dzulkefly ketika membahaskan rang undang-undang itu ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menjual anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd tersebut setelah mencatat kerugian selama beberapa tahun.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021MostiRUU Perbekalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

06/04/2023
0

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd