• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah selesai dibahas, digulung dan melalui proses pengundian baik secara suara majoriti atau belah bahagian.

Ada Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai kemenangan 11-0 untuk kerajaan Perikatan Nasional selepas peruntukan Belanjawan 2021 bagi semua 11 kementerian yang dibahas minggu ini lulus di peringkat jawatankuasa, empat daripadanya melalui undi belah bahagian.

Bermula Isnin lalu, peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan diluluskan selepas undi belah bahagian, yang menyaksikan 105 Ahli Parlimen menyokong, 95 tidak sokong dan 20 tidak hadir bagi undian JPM.

Peruntukan Kementerian Kewangan pula lulus dengan mendapat sokongan 106 Ahli Parlimen, 95 tidak menyokong dan 19 tidak hadir.

Turut melalui undi belah bahagian ialah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (108 Ahli Parlimen menyokong; 95 tidak setuju; 17 tidak hadir) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (110 sokong; 104 tidak sokong; enam tidak hadir).

Tujuh kementerian iaitu Kementerian Luar; Perpaduan Negara; Pertanian dan Industri Makanan; Pembangunan Luar Bandar; Tenaga dan Sumber Asli; Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi dilulus dengan undian suara majoriti.

Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian lagi dijadual dibahas untuk kelulusan di peringkat jawatankuasa pada persidangan minggu hadapan.

Antara yang dijangka menarik perhatian ialah giliran Kementerian Kesihatan pada Rabu (9 Disember) yang merupakan antara tumpuan utama Belanjawan 2021 bagi menangani pandemik COVID-19.

Selain itu, giliran Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Khamis (10 Disember) juga dijangka hangat susulan peruntukan bagi agensi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menjadi pertikaian kebanyakan Ahli Parlimen.

Kerajaan bagaimanapun bersetuju untuk menjenamakan semula Jasa sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan peranan dan fungsi berbeza.

Dalam pada itu, yang mencuri tumpuan dan menghangatkan persidangan Dewan Rakyat minggu ini adalah isu silap kiraan semasa proses undi belah bahagian untuk Kementerian Kewangan.

Datuk Shabudin Yahya (Bersatu-Tasek Gelugor) yang bertindak sebagai penghitung undi belah bahagian bagi Blok C ketika pengiraan undi menandakan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) bersetuju dalam senarai undi, sedangkan Mohamed Nazri tidak hadir semasa undian belanjawan itu pada Selasa (1 Disember).

Kesilapan itu yang dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon bagaimanapun tidak mengubah keputusan undi belah bahagian yang meluluskan peruntukan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Kewangan.

Sidang Dewan Rakyat pada hari berkenaan juga tidak bermula dengan lancar apabila penggera kebakaran berbunyi kira-kira 15 minit selepas sidang berlangsung, menyebabkan Ahli Parlimen dan petugas diarah keluar dari bangunan Parlimen sebagai langkah keselamatan.

Bahagian Keselamatan Parlimen kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada perkara yang mencemaskan berlaku. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021peruntukan kementerianRUU Perbekalan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jaringan Prihatin, Rapatkan Jurang Digital Masyarakat

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Jaringan Prihatin, inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan...

Kadar Pengangguran Dijangka Turun Tahun Ini

24/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus pada Disember...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd