• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Kecoh Salah Kira Undian

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan mengenai kesilapan jumlah undian belah bahagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan (MOF).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata, perkara itu dimaklumkan Speaker Datuk Azhar Azizan Harun mengenai kesilapan yang dilakukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shabudin Yahaya ketika menjadi penghitung kira, semalam.

Menurutnya, undi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dikira walaupun tidak berada di dalam dewan.

Dengan pemakluman itu, ia bermakna jumlah undian belah bahagi adalah 106 menyokong manakala 95 tidak menyokong dan 19 tidak hadir.

Ia mengundang kekecohan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang meminta penjelasan daripada Shabudin sendiri.

RSN Rayer (Dap- Jelutong) meminta undian belah bahagi dijalankan semula kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Turut mencelah kerana tidak berpuas hati ialah Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) dan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang).

Shabudin kemudian memberikan penjelasan bahawa beliau melihat Mohamed Nazri berada di dalam dewan beberapa minit sebelum itu menyebabkan undinya dikira.

“Sebab itu saya mengambil tanggungjawab untuk memaklumkan kepada Speaker,” katanya.

Rashid kemudian meminta Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati untuk menulis surat kepada Speaker mengikut Peraturan 43.

Perbahasan bagaimanapun disambung di peringkat jawatankuasa hari ini. – myMetro Online

Tags: belanjawan 2021Dewan RakyatParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd