• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Jawab 3 Spekulasi, Status Dengan PU Riz

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERKENAAN dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.

Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial. Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.

Antara andaian dan tuduhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut:

Kononnya terkena buatan minyak pengasih.

Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.

Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris.

Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.

Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan.

Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.

Noor Neelofa Mohd Noor

Tags: NeelofaPU Riz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd