• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Pantau Untuk Permudahkan Moratorium Bersasar

oleh
17/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi jaminan akan memantau proses permohonan moratorium bersasar supaya dipermudahkan pihak institusi kewangan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemantauan itu akan dibuat bersama Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan permohonan itu berjalan lancar.

“Seperti diumumkan, golongan B40 akan menerima moratorium ini secara automatik asalkan mereka membuat permohonan manakala M40 perlu mengemukakan self declaration (pengisytiharan kendiri) untuk dapatkan kelulusan tak perlu (kemukakan) dokumen.

“Tetapi saya prihatin perkara dibangkitkan, mungkin ada masalah administrative (di bank) dan kita perlu memantau.

“Jadi, saya dengan Bank Negara akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pihak bank untuk membuat moratorium ini tidak menjadi sukar,” katanya dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini. 

Terdahulu pada sesi perbahasan, isu berkenaan disuarakan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-pasir Mas), turut mencelah soalan mengenai aduan pihak bank menolak penentusahan peminjam ketika membuat permohonan moratorium.

Mengulas lanjut isu itu, Tengku Zafrul mengakui menerima aduan berkenaan, namun pihaknya memberi jaminan akan memantau perkara itu.

“Ada memang ada kes tetapi tidak banyak aduan diterima buat masa ini. Bagi pihak yang ingin membuat aduan, Bank Negara ada menyediakan talian khas untuk mereka salurkan aduan.

“Tetapi saya di pihak kementerian akan turut memantau perkara ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Bank Negara Malaysiakementerian kewanganmoratorium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd