• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi UMNO Kuasai Semula Kerajaan Dengan PAS

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Misi UMNO adalah menguasai semula kerajaan melalui Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama PAS dan tiada siapa dapat atau patut menghalangnya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pihak yang bercadang memencilkan pengaruh UMNO, mereka sebenarnya lemah dan tidak mempunyai kekuatan untuk ditawarkan kepada orang Melayu.

“Mereka sekadar sedar politik Melayu itu penting tetapi tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjayakannya. Cadangan dan pandangan sebegini tidak wajar dan tidak seharusnya berterusan.

“Ini kerana mereka yang menyeru dan mendakwa agar tidak perlu ada parti Melayu yang dominan adalah mereka yang gagal memahami hakikat politik nasional, tidak sensitif dan malas berusaha untuk mengangkat dan melindungi orang Melayu.

“Sebenarnya, UMNO dan PAS adalah kekuatan yang mencukupi dan selebihnya akan menyebabkan ‘the space is a little bit too crowded’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, UMNO sebagai sebuah parti politik Melayu tertua dan terbesar tidak akan ‘memadamkan’ mandat serta peranannya adalah sebagai parti nasionalis terbesar dan teras kepada kekuatan politik Melayu Islam.

Bekas Menteri Besar Johor itu menegaskan, UMNO merupakan parti Melayu yang telah lama wujud dan tidak boleh dinyahkan begitu sahaja.
Malah katanya, sebuah parti Melayu yang dominan sangat penting dalam memastikan kestabilan politik nasional.

“Sama ada kenyataan ini sensitif atau tidak, berselindung atau bersemuka, ini adalah hakikat,” katanya.

UMNO dan PAS katanya, adalah rakan kerjasama yang setara dalam Muafakat Nasional namun kekuatannya berbeza.

“UMNO ternyata lebih besar daripada segi pengaruh dan kekuatan akar umbi. PAS pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam mewakili orang Melayu. Atas dasar inilah UMNO bersedia menyokong kerajaan sedia ada.

“Sumbangan UMNO adalah untuk memastikan kita bukan sahaja mempunyai kerajaan tetapi kerajaan yang stabil. Demi rakyat dan kelangsungan pentadbiran, UMNO berkompromi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalKhaled NordinPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 1,908 ahli baharu UMNO telah diluluskan dalam...

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd