• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Besar Perak Umum Portfolio Exco

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan kesemua portfolio Exco di bawah pentadbirannya.

Barisan exco kali ini memperlihatkan beberapa perubahan khususnya melibatkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing dua dari PAS, satu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan satu dari Barisan Nasional (BN).

Bagi portfolio Menteri Besar Perak, Saarani mempengerusikan Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang baharu dilantik sebagai Exco diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pula diberikan tanggungjawab baharu sebagai Exco Perladangan, Pertanian dan Sekuriti Makanan yang sebelum ini dipegang ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Abdul Yunus pula kini sebagai Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil.

Seorang lagi ADUN PAS, Mohd Akmal Kamarudin pula kini memegang portfolio Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau yang sebelum ini dipegang ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Sementara itu, Ahmad Saidi kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia.

Baki lima lagi exco mengekalkan portfolio masing-masing termasuk ADUN Kampung Gajah, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin yang memegang portfolio tambahan iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ditanya mengenai perubahan ketara portfolio bagi ADUN PAS, Saarani berkata, pertukaran portfolio itu bukanlah rombakan exco sebaliknya merupakan sebuah Kabinet kerajaan baharu.

Katanya, tidak timbul soal portfolio berubah kerana kerajaan yang dibentuk merupakan pasukan baharu.

“Dengan kebolehan yang ada saya yakin semua exco akan dapat memberikan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan harapan rakyat supaya kerajaan ini dapat memberi tumpuan kepada membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pengupayaan, Pemerkasaan Persatuan Belia dan Persediaan Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saarani turut mengumumkan dua lantikan baharu iaitu ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak manakala ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abd Manaf Hashim sebagai Penasihat Khas Menteri Besar Perak Bertaraf Exco. – Sinar Harian

INFO EXCO KERAJAAN PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Sekuriti Makanan, Razman Zakaria.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Tags: Exco Perakkerajaan perak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd