• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tunggu Keberkesanan Vaksin Covid-19

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan meneliti kesan sampingan dan keberkesanan vaksin Covid-19 yang akan digunakan pesakit di United Kingdom (UK), minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh tiga bulan penggunaan di negara berkenaan memberi ruang kepada Malaysia untuk meneliti dan mengkaji keberkesanan vaksin itu.

Menurutnya, vaksin yang digunakan di UK masih belum didaftarkan dengan badan kesihatan antarabangsa kerana digunakan dalam keadaan darurat.

“Di Malaysia kita mempunyai akta dan vaksin yang mahu digunakan perlu menjalani ujian keberkesanan dan kesan sampingan selain didaftarkan di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika tempoh tiga bulan pertama kurang kesan sampingan kepada pengguna di UK, (maka) ini akan menyakinkan kita menggunakan vaksin berkenaan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

UK dijangka menggunakan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech yang sudah diluluskan untuk kegunaan umum mulai minggu depan.

Ia menjadikan UK sebagai negara Barat pertama yang bakal menggunakan vaksin berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata, vaksin yang akan diterima Malaysia kelak perlu didaftar dan kini masih menjalani ujian klinikal fasa tiga dan sebarang keputusan dibuat berdasarkan data diperoleh menerusi ujian berkenaan.

Dalam pada itu, KKM sudah mengatur langkah strategik untuk berdepan dengan banjir yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sudah meneliti aspek yang akan digunakan sekiranya banjir berlaku bagi mengelak penularan Covid-19. – myMetro Online

Tags: KKMUnited Kingdomvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd