Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

AZRB Beli 50% Ekuiti...

KUALA LUMPUR – Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) bercadang membeli 50 peratus pegangan...

Tukang Urut Wanita Thailand...

KUALA LUMPUR - Seorang tukang urut wanita warganegara Thailand dikenakan hukuman penjara tujuh...

Rasuah: Pegawai Jabatan Veterinar...

KANGAR - Seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis direman empat hari bermula...

KPDNKK Bertemu BritishIndia &...

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)...

‘Ustaz Budak’ Didakwa Cabul Lelaki

KOTA BHARU – Seorang ustaz yang juga pengusaha madrasah di Kelantan yang lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, Rabu lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi mangsa pada 1.15 pagi, 16 Disember lalu, di sebuah bilik hotel dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili peguam Siti Atikah Abd Halim.


Terdahulu, Siti Atikah memohon jaminan minimum ditawarkan kerana tertuduh yang juga pengusaha madrasah di Machang perlu menguruskan 150 pelajar.

“Pendapatan tertuduh hanya RM2,500 hingga RM3,000 sahaja selain perlu menanggung ibu yang merupakan orang kurang upaya dan enam adik-beradik dengan ada yang masih bersekolah,” katanya.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 21 Januari depan untuk serahan dokumen. – BERNAMA

Kategori