• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Agensi Utama Siasat Isu Kartel Daging – KPN

oleh
30/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjadi agensi utama dalam menyiasat isu kartel daging haram, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan membantu KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana sudut yang membolehkan untuk dilakukan siasatan.

“PDRM pula menyiasat (dan) membuka kertas siasatan dari sudut dari mana perbuatan ini (dilakukan).. perbuatan ini telah menimbulkan keresahan, ketakutan dan kebimbangan rakyat.

“Kita akan buka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam),” katanya kepada Bernama selepas menerima penganugerahan Bintang Bhayangkara Utama di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata polis percaya kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu itu melibatkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.

Setakat ini, polis menerima 13 laporan daripada orang awam di seluruh negara yang gusar dengan kemunculan isu berkenaan, selepas media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari beberapa negara sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor. – BERNAMA

Tags: Abdul Hamid BadorKartel DagingKPDNHEP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

19/10/2022
0

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd