• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor, Subkontraktor SUKE Didenda RM180,000

oleh
17/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikenakan denda RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak binaan lebuh raya itu, persidangan Dewan Negara dimaklumkan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia susulan kejadian konkrit struktur pembinaan lebuh raya itu jatuh dan menghempap sebuah kenderaan pada 19 September lalu.

Menjawab soalan Senator Md Nasir Hashim berhubung tindakan terhadap kontraktor utama pada persidangan Dewan Negara hari ini, beliau berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menjalankan satu prosiding Tindakan Tatatertib Kontraktor pada 17 November lalu dan menjatuhkan hukuman penalti terhadap kontraktor utama dan subkontraktor projek SUKE Pakej CA2.

“Kontraktor Utama iaitu MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti RM80,000 manakala subkontraktor Makna Setia Sdn Bhd berjumlah RM100,000.

“Kedua-dua kontraktor itu masing-masing didenda mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), iaitu di bawah kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan,” katanya.

Fadillah berkata siasatan CIDB turut mendapati, subkontrator berkenaan gagal mematuhi prosedur kerja yang betul dan diperakui oleh perunding projek, selain tidak menggajikan penyelia tapak yang diakreditasi.

Menerusi prosiding tatatertib itu, subkontraktor turut diarahkan membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan supaya keselamatan orang awam, jajaran projek, amalan cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak binaan adalah terjamin sepanjang tempoh projek dilaksanakan.

“Sepanjang tempoh siasatan, kedua-dua syarikat telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan keberkesanan dan amalan prosedur perlaksanaan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif,” katanya.

Dalam kejadian 19 September itu, seorang wanita nyaris maut apabila keretanya remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa batu konkrit daripada struktur pembinaan SUKE yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). – BERNAMA

Tags: konkrit hempap keretaLebuhraya SUKE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Warga China Tersepit Berjaya Dibawa Keluar

24/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Selepas hampir 48 jam, mayat seorang pekerja warga China yang terhimpit di antara struktur besi akibat komponen...

Proses Keluarkan Mayat Insiden Komponen Kren Jatuh Diteruskan

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd