• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berisiko Tumbang Esok – Mahathir

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin politik veteran negara, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah hari ini membayangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal hilang majoriti melalui undian Belanjawan 2021 yang dibentangkan untuk bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat esok.

Berikutan itu, kedua-dua mereka buat pertama kali secara terbuka menyatakan kesepakatan untuk bekerjasama membantu menerajui kerajaan baharu.

Dr Mahathir berkata, beliau bekerjasama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li bagi memulihkan semula keadaan negara yang kini disifatkan telah lari daripada landasan sebenar.

Menurutnya, beliau dan Ku Li sedia membantu kerajaan baharu yang ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaya maju.

“Esok, mereka (ahli Parlimen) perlu undi untuk Belanjawan 2021. Jadi ada kemungkinan kerajaan akan hilang undi..jika kerajaan hilang undi kita akan hilang kerajaan seterusnya perlu tubuh kerajaan baharu.

“Apabila tubuh kerajaan baharu kita harap (ahli Parlimen) yang berdedikasi untuk berkhidmat pada negara dan rakyat bukan kerana saya mahu jadi perdana atau menteri,” katanya pada sidang akhbar bersama Ku Li di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.

Ditanya adakah beliau sudah mempunyai ‘barisan’ bagi menubuhkan kerajaan baharu, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, senarai tersebut terdiri daripada Ahli Parlimen yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat.

“Saya harap wakil rakyat akan buat pilihan dengan betul. Tiada senarai, senarai yang kita mahu lihat adalah wakil rakyat yang ikhlas untuk berkhidmat untuk rakyat.

“Pada masa ini kita tidak nampak sesiapa dalam kerajaan yang fikir tentang negara mereka hanya fikir mahu negara jadi hak mereka. Kita perlu wujudkan semula dasar majukan negara bukan untuk diri sendiri dan parti sendiri,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau bersama Ku Li bukan meraih sokongan sebaliknya atas permintaan ramai pihak yang meminta mereka selaku ‘orang lama’ bertindak.

“Harap (kerjasama) kita akan mendapat sokongan untuk kebaikan negara. Ini bukan untuk kami berdua. Kami berdua tak dibayar gaji pun tak apa. Cukup duit pencen yang kerajaan beri,” katanya.

Sementara itu, Ku Li menegaskan kerjasama beliau bersama Dr Mahathir bukan hanya cakap kosong tetapi sebagai usaha membela nasib rakyat.

“Saya harap perjumpaan ini akan memulakan langkah baharu bukan untuk kepentingan Dr Mahathir atau atau saya atau sesiapa saja daripada kalangan kita tapi lebuh pentingkan rakyat dari segala-galanya,” katanya.

Beliau juga berikrar membantu kerajaan baharu nanti mengembalikan status Malaysia sebagai ‘Asian Tiger’.

“Saya percaya kerajaan yang ada hari ini tidak mendapat keabsahan. Kerana itu kerajaan tidak stabil. Bila kerajaan tidak stabil tiada siapa yang mahu melabur.

“Jadi sampai masa kita aktifkan semula kedudukan ekonomi kita. Saya percaya dan yakin kita boleh pulih keadaan ini. Bukan hanya jadikan semula Malaysia sebagai Asian Tiger tetapi Asian Lion,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rundingan Agihan Kerusi UMNO, BN Hampir Selesai

Next Post

Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi PM

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd