• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Sebulat Suara Calonkan Datuk Saarani”

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pencalonan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak dibuat secara sebulat suara.

ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, perkara itu sudah pun diputuskan secara konsensus oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak.

“Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Paduka Seri Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi Menteri Besar Perak, insyaALLAH,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Shahrul Zaman sebelum ini dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO yang sebut-sebut menggantikan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Shahrul Zaman turut berkongsi pandangan bahawa sesuatu jawatan merupakan tanggungjawab bukan untuk berebut.

“Ibu bapa saya sentiasa mengingatkan saya untuk berpegang kepada konsep reda, usaha dan tawakal kepada ALLAH. Kita wajib percaya kepada qada dan qadar ALLAH. Segalanya telah tertulis.

“Jawatan adalah pertanggungjawaban, ia bukan untuk perebutan. Siapa kita untuk menyatakan kita adalah yang terbaik di sisi ALLAH. Kita perlu kembali kepada asas. We are here to serve the rakyat in any capacity that we have,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, angka ADUN Perak yang dipercayai sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani sebagai calon menteri besar baharu negeri itu, kini meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

Seorang ADUN UMNO enggan dinamakan berkata, setakat ini, kesemua 25 ADUN UMNO sudah menandatangani SD menyokong penuh Saarani menerajui kerajaan baharu Perak kelak, meskipun pada peringkat awal hanya 15 orang sahaja menandatanganinya.

Lebih menarik, seorang ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sebelum ini mengambil keputusan keluar parti lama bagi menyokong pelantikan semula Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sewaktu ‘Langkah Sheraton’, bulan Februari lalu, turut mengambil tindakan sama. – Sinar Harian

Tags: Adun BNMenteri Besar PerakSaarani Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saarani Dedah Cubaan PN ‘Curi’ 4 ADUN BN

Saarani Dedah Cubaan PN ‘Curi’ 4 ADUN BN

27/11/2022
0

LENGGONG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, mendedahkan beliau terpaksa bersegera membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) selepas...

Dituduh ‘Pengkhianat’, Saarani Jawab Demi Rakyat

Dituduh ‘Pengkhianat’, Saarani Jawab Demi Rakyat

27/11/2022
0

Menteri Besar Saarani Mohamad menjelaskan tindakannya menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PH demi rakyat dan negeri Perak supaya memastikan pentadbirannya stabil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd