• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politikkan ‘Kelonggaran’ Mengundi Pakai PPE

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelonggaran kepada Ahli Parlimen yang dikenakan arahan pemerhatian di rumah (HSO) untuk hadir mengundi di Dewan Rakyat tidak sepatutnya dipolitikkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika menegaskan perkara itu berkata kelonggaran sedemikian diberikan selepas mendapat kelulusan dan pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain itu, katanya, setiap Ahli Parlimen berhak mengundi sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian.

“Pagi ini, saya difahamkan ada tiga orang yang minta kebenaran untuk hadir ke dewan bagi mengundi.

“Mereka ini akan dibawa menggunakan ambulans dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) dan ditempatkan di bilik khas.

“PPE baharu perlu dipakai sekiranya mereka ingin masuk ke dewan, tetapi ditempatkan di galeri awam bagi mengikuti proses pengundian.

“Ketika pengambilan undi, penghitung akan diarahkan untuk memakai ‘visor’ (pelindung muka), manakala mereka (Ahli Parlimen yang dikenakan HSO) akan diminta segera tinggalkan galeri awam selepas selesai mengundi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Ketika ini, yang pasti dua Ahli Parlimen dari blok kerajaan antara yang menjalani perintah HSO iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara mengesahkan beliau menjalani perintah HSO hingga 18 Disember ini kerana menjadi kontak rapat seorang petugas media yang disahkan positif COVID-19.

Saravanan pula yang juga Ahli Parlimen Tapah memaklumkan, beliau menjalani perintah kuarantin itu selepas menjadi kontak rapat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Datuk Shahul Hameed Dawood, yang disahkan positif COVID-19.

Minggu terakhir Persidangan Dewan Rakyat tahun ini menyaksikan lima lagi kementerian akan melalui sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

Kehadiran Ahli Parlimen ini dianggap kritikal bagi menentukan rang undang-undang berkenaan diluluskan atau sebaliknya dengan bacaan ketiga pula dijangka pada Rabu ini. – BH Online

Tags: Ahli ParlimenDewan RakyatHSOPPE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd