• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Influencer’ Berpakaian Wanita Mohon Maaf

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung.

“Namun, saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung selepas menonton video berkenaan. Semua itu hanya salah faham,” kata personaliti media sosial, Nizam Rahman. 

Nizam, 30, membuat permohonan maaf itu susulan video tular di laman sosial yang menunjukkannya memakai baju kurung ketika berada di luar bangunan sebuah stesen televisyen.

Kekecohan berlaku apabila kehadiran Nizam itu tidak disenangi dua lelaki yang menegurnya sebelum mengeluarkan kata-kata kesat kerana hadir berpakaian wanita.

Menjelaskan situasi sebenar, Nizam berkata, selesai menjalani sesi fotografi produk pada 6 pagi tadi, dia terus bergegas ke stesen televisyen berkenaan.

Menurut Nizam, kehadirannya ke stesen televisyen itu adalah untuk mempromosikan sebuah produk dalam satu slot keusahawanan.

“Untuk pengetahuan semua, pakaian wanita itu dipakai ketika sesi fotografi yang menuntut saya membawa karakter wanita dan memang merancang untuk menukarnya (pakaian) sebaik tiba di stesen televisyen itu.

“Malah, rakan saya yang membantu membawakan pakaian akan dipakai ketika slot dalam program itu, namun sebaliknya berlaku apabila saya ditegur dua pemuda tidak dikenali dengan bahasa kasar sebaik memasuki bangunan stesen televisyen berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nizam, dia terbuka menerima teguran seandainya disampaikan dengan cara yang betul.

Malah, Nizam berkata, dia masih tahu batasan dan akur dengan peraturan, etika penyiaran dan tatacara pakaian untuk tampil dalam mana-mana program di stesen televisyen.

“Saya masih tahu peraturan dan adab, malah mungkin ramai tidak tahu saya pernah menjalani latihan industri di sebuah stesen televisyen swasta.

“Kalau stesen TV (televisyen) lain pun melarang tampil berpakaian menyerupai wanita, apa lagi stesen yang berunsurkan Islamik. 

“Jadi, saya tidak akan melanggar peraturan itu, lagipun kehadiran saya ke situ hanya untuk mempromosikan produk malah saya memakai baju Melayu ketika siaran langsung berkenaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: berpakaian wanitaInfluencerNizam Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Joe Flizzow Bikin Video Muzik Dengan MK, Jay Park?

Next Post

3 Lagi Peruntukan Belanjawan Lulus Peringkat Jawatankuasa

Related Posts

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Berpengaruh Mega

01/04/2021
0

KOTA BHARU - Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega...

KKM Nafi Hospital Serdang Beri Vaksin Kepada ‘Influencer’ Esok

25/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Hospital Serdang, di sini, merancang memberi vaksin COVID-19...

Next Post

3 Lagi Peruntukan Belanjawan Lulus Peringkat Jawatankuasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd