• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Peruntukan Belanjawan Lulus Peringkat Jawatankuasa

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peruntukan bagi Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini dengan hanya satu daripadanya melalui proses undi belah bahagian. 

Peruntukan kementerian yang melalui proses itu ialah Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi kementerian itu lulus di peringkat Jawatankuasa selepas sejumlah 108 Ahli Parlimen mengundi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 17 tidak hadir. 

Kelulusan itu menjadikan peruntukan bagi kementerian yang telah lulus di peringkat jawatankuasa setakat ini ialah lima dengan dua daripadanya diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu berkata Dasar Perpaduan Negara yang kini di peringkat akhir penyediaannya dijangka dilancarkan tahun depan. 

“Kandungan (dasar) ini termasuk Pelan Tindakan Perpaduan berkaitan tindakan terancang yang mahu kita rencanakan supaya rakyat boleh fikirkan peranan tanggungjawab perpaduan sebagai satu kebiasaan, sesuai dalam konteks Malaysia bagi kita mengukuhkan agenda perpaduan.

“Kementerian juga telah bangunkan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) iaitu satu petunjuk kepada pengukuran tahap perpaduan nasional yang menjadi sumber rujukan penting kepada kementerian dalam apa jua perancangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Perbahasan, penggulungan dan pengundian di peringkat jawatankuasa dijadual sehingga 15 Disember ini.

Esok, tiga kementerian dijadual terlibat iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. 

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lepas, lulus di peringkat dasar pada Khamis dengan undi suara terbanyak Ahli Parlimen setelah dua minggu dibahas dan melalui proses penggulungan selama empat hari.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021peruntukan kementerian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaringan Prihatin, Rapatkan Jurang Digital Masyarakat

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Jaringan Prihatin, inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan...

Kadar Pengangguran Dijangka Turun Tahun Ini

24/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus pada Disember...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd